Boleh Ke Supplemen Dan Ubat Tinggikan Kita?, Baca Penjelasan Doktor Ini Kenapa Ubat Peninggi Hanyalah Mitos


Memiliki ketinggian yang ideal pastinya merupakan impian semua orang apatah lagi ketinggian tersebut dilengkapi dengan berat badan yang ideal.

Berikutan itu, baru-baru ini banyak timbul isu mengenai supplemen dan ubat-ubatan yang mampu menambah ketinggian manusia sehingga mendapat banyak maklum balas daripada para doktor.

Terbaru, Dr. Ezairy M.Sallih dilaman facebooknya berkongsi mengenai sebab-sebab kenapa kita perlu berhenti mempercayai kononnya ubat dan supplement peninggi berkesan untuk menambah ketinggian kita.

Mari ikuti perkongsian berguna ini dan semoga memberi manfaat.

NAK TINGGI!

Menjadi tinggi adalah sifat yang diingini oleh ramai orang. Persoalannya, bolehkah suplemen dan ubat meningkatkan ketinggian manusia pada usia dewasa?

TIDAK!

1. Tidak ada bukti perubatan atau klinikal yan boleh menjadikan anda lebih tinggi sebaik sahaja anda melewati masa akil baligh.
2. Lotions, pil dan senaman tidak akan membuat tulang anda tumbuh sebaik sahaja pertumbuhan anda berhenti.
3. Anda perlu berbincang dan berjumpa dengan doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan atau suplemen untuk menjadi lebih tinggi.
4. Peringkat akhir pertumbuhan berlaku dalam ‘epiphysis’ atau ’growth plate’ yang terletak pada hujung tulang panjang lengan dan kaki anda.
5. Semasa dan sebelum akil baligh ‘puberty’, ‘epiphysis’ adalah lembut. Ini membolehkan tulang terus membesar dan merangsang juga pertumbuhan anda. Pada waktu ini, jika anda kata anda mampu menjadi lebih tinggi jawapannya adalah YA.
6. Walaubagaimanapun , semasa usia akil baligh, ‘epiphysis’ mulai menguat dan akhirnya bercantum sepenuhnya selepas itu!
7. Pertumbuhan anda akan berhenti pada umur 13 ke 17 tahun untuk perempuan dan 16 ke 19 tahun untuk lelaki.
8. Kebanyakan doktor bersetuju bahawa apabila ‘epiphysis’ telah menyatu, pertumbuhan selanjutnya adalah TIDAK mungkin.
9. Ada syarikat-syarikat yang menghasilkan suplemen bermaksud untuk membalikkan semula proses ini. Walau bagaimanapun tiada bukti perubatan yang mengesahkan bahawa ia mampu dilakukan.
10. Kesimpulannya, hentikanlah segala usaha dan mitos yang tidak benar ini.

Oleh itu, janganlah kita cuba-cuba untuk mengambil ubat-ubatan yang tidak pasti untuk menambah ketinggian sehingga boleh membahayakan kesihatan kita.